BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 23, 2010

ala..result ict menurun..huhu

Kekuatan dan kelemahan anda dalam menjawab soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan cara untuk mengatasinya. Nyatakan sekali langkah-langkah yang anda rancangkan agar anda dapat skor A dalam subjek ICT.


- Kekuatan saya ketika menjawab soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah saya membaca hampir setiap nota-nota yang telah diberikan oleh guru ICT saya iaitu Cik Asmahani dan Puan Zalina. Buku Score A ICT dan modul yang telah diberikan oleh cikgu sangat berguna pada saya. Insyaallah saya akan meningkatkan lagi usaha saya itu.

- Kelemahan saya ketika menjawab soalan ICT ialah saya kurang membaca nota-nota yang telah diberikan oleh cikgu. Selain itu, saya membacanya pada saat-saat akhir.


- Langkah-langkah yang saya rancangkan agar saya dapat skor A dalam subjek ICT ialah saya haruslah memperbanyakkan lagi membuat ulangkaji di rumah selain menghafal. Selain itu, saya perlu kerap membaca nota-nota ICT agar nota-nota tersebut tidak hilang di dalam ingatan saya. Selain daripada kerap membaca, saya juga perlulah kerap bertanyakan akan topik-topik yang kurang saya fahami.Saya juga haruslah membuang sikap saya yang suka mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir.