BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 19, 2010

Hepinye!!result ICT meningkat!!!!

Kekuatan dan kelemahan anda dalam menjawab soalan PK1 dan cara untuk mengatasinya. Nyatakan sekali langkah-langkah yang anda rancangkan agar anda dapat skor A dalam subjek ICT.


- Kekuatan saya ketika menjawab soalan Penilaian Kurikulum 2 ialah saya membaca setiap nota-nota yang telah diberikan oleh guru ICT saya iaitu Cik Asmahani. Buku Score A ICT dan modul yang telah diberikan oleh cikgu sangat berguna pada saya. Insyaallah saya akan meningkatkan lagi usaha saya itu.

- Kelemahan saya ketika menjawab soalan ICT ialah saya terlupa sesetengah nota yang telah dibaca.


- Langkah-langkah yang saya rancangkan agar saya dapat skor A dalam subjek ICT ialah saya haruslah memperbanyakkan membuat ulangkaji di rumah. Selain itu, saya perlu kerap membaca nota-nota ICT agar nota-nota tersebut tidak hilang di dalam ingatan saya. Selain daripada kerap membaca, saya juga perlulah kerap bertanyakan akan topik-topik yang kurang saya fahami.